Wednesday, November 5, 2008

KAMI TIDAK BERZINA

Kami hanya barbual- bual, berbincang,. Bertanya khabar, minum-minum di
kafe. Adakah itu menghampiri zina?

Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan......

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.....
Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap
kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus.... Ia telah
menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik.

Ingat pesanan Rasulullah : "Janganlah engkau bersendirian dengan seorang
wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan"(Tabrani).
"Kami tidak berzina !...Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi
awak menghampiri zina. .....


Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis......
Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada
yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua
muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri
zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi
perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta
hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama
tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan.
Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina
tangan iaitu berpegang pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih
dengan perasaan berahi.
Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang
digambarkan oleh Rasulullah :
"Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki
juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina
dan zinanya adalah ciuman" (muslim dan Abu Daud).

Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak.... Jangan biarkan
diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.....

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!*
(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang
terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan.
Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan
tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat
lagilah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka
kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan
Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis
oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja..... Ni Study Group.*(bagi kes
berdua-duaan SAHAJA) Study Group...?
Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya
berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua.
Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua- duaan
macam ni... betul ke bincang pelajaran? ....
Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak
masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.*
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-
apa? Awak kurang sihat ke?
Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan
menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.


Kami berdua sama-sama belajar, study group*, saling memberi semangat dan
motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis
sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum
sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan
kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan
rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk
bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia.
Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging)adalah
fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal
namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak!
Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para
paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini.

Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau
perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan
naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat
nalurinya.
Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia
dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu. Tentu ada cinta
secara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah
ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta
yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila
Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang
lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum
kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Sabda Rasulullah :
"Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali
nikah" (Ibnu Majah).

Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut
terusik.Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian
diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat
sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan
makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi
macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka
semakin hampir dengan penzinaan?

Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan
dan kesengsaraan.
Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih
bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun! Masih ramai orang
yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai berzina.
Kami tahan diuji.Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan
kelemahan manusia.
Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi
perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tidak tahan diuji? ...
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan
manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar
manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam
syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan
manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan
Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah:
"Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta
makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan
janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu
adalah orang-orang yang zalim" (al-Araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri
perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan
zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut
apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan
kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita
Adam dan Hawa. Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak
kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati
budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?
Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan.
Masing-masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar,
pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk.
Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk.
Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa
bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa
bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu
pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima
minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak
boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.....
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?
Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih.
Kebahagiaan bukan ciptaan manusia......
Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya.
Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai
kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga
mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta
begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah
adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang
bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?
Ganti bercinta Semua itu adalah perangkap iblisdan syaitan. Hakikatnya
adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan,
tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat
adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat
dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan.
Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang
angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan
bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang
maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta
manusia.
Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta
tidak menjejaskan maruah dirinya.
Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta
sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak
bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak
menerima cinta suci. Kalau begitu
ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?
Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta
seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri
perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak
berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.

Allah berfirman:
"Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan
perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang
berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang
berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang
kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin
dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan
dari Tuhan.

Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah
bercinta* juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah
untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Kami
telah berjanji sehidup semati .

Apa ada pada janji cinta?
Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada
janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu,
sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga
menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan
bertanggungjawab. Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila
ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi
ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk
berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan
murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia
lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
*(tidak mengikut syariat)
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second
hand sedangkan barang yang baru masih ada.
Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan
di bilik pameran sahaja.
Tapi ada orang yang boleh test drive.
Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap
bandung,
bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada
walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti.
Mereka ada pasangannya.
Firman Allah:
"Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang- orang
perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari
melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan
dan pahala yang besar" (Surah Al-Ahzab: 35)

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah
serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk
mendapat redhaNya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah
bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-
benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:

1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak
diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus
diri dalam percintaan.
3.Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa
kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau
suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah semakin bebas
pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar & kurang rasa cinta setelah
menjadi suami isteri.

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan.
Ampunilah dosa-dosa hambamu ini.
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat .
Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat.
Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.
Ibu dan ayah, anakmu berdosa .
Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang.
Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain.
Oh Tuhan, hambamu ini berdosa Amin , yarabbal alamin.
Moga Allah terima taubat kita Kita berpisah kerana Allah , kalau ada
jodoh ,tidak kemana!
YaAllah bantulah kami .Kini kami datang kepintuMu mencari redha-Mu.
Terimalah taubat kami


...Selanjutnya

0 comments:

  © Blogger template 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP